Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun meninggal dunia disyaki akibat didera dalam satu kejadian di Senggarang, Batu Pahat.<br /><br />Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, mangsa disahkan meninggal dunia sekitar jam 6.40 petang pada Isnin, setelah empat hari mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.
